Friday 6 December 2013

Peta Minda (Tahun 4)

Menerapkan teori konstruktivism dalam pembelajaran Sains tidak terhad semasa melakukan eksperimen. Malah, semasa peyampaian konsep di dalam kelas guru perlu menggalakkan murid menerokai ilmu tanpa 'spoon-feeding' semua maklumat yang ada. 

Peta Minda! Ya, pada saya ia adalah cara yang berkesan dalam PdP (pengajaran dan pembelajaran) Sains kerana:

  • Mudah difahami, ringkas dan berstruktur.
  • Pencetus idea murid
  • Kemahiran menganalisis daripada nota kepada bentuk rajah
  • Latihan dalam kumpulan

Contoh Peta Minda 1

Contoh Peta Minda 2


Guru- guru semua mungkin boleh rujuk peta minda ini sebagai latihan dan boleh digunakan bersama murid. Semoga kita semua mendapat manfaat darinya. 

Tenggelamlah wahai buah oren!




Timbul atau tenggelam?

Buah oren sememangnya akan timbul di dalam air. Mari ketahui cara membuatkan buah oren tenggelam di dalam air. Mudah dan ringkas, namun seringkali menjadi kekeliruan murid.

Buah oren yang mempunyai kulit (belum dikupas) terapung di dalam air. Namun apabila buah yang sama dikupas kultinya, ia akan tenggelam! Apa yang begitu istimewa terdapat pada kulit sebiji oren itu?


Apa rahsianya?

Ia bukanlah magis namun keistimewaan sains dapat menerangkannya. Buah oren yang belum dikupas memerangkap udara padanya. Udara yang terperangkap ini membantu buah oren itu terapung.
Mudah kan? Namun tidak diketahui ramai!


Sumber: Youtube

Dokumen Standard Dunia Sains & Teknologi (Tahun 1 hingga 4)


Perkongsian dokumen: